Thursday, 25 August 2011

bercakap pasal perasaan,manusia tidak pernah lari atau terlepas daripada perasaan ingin memiliki dan ingin disayangi..manusia mempunyai satu sikap yang tak dapat dibendung iaitu perasaan kasih dan sayang terhadap sesuatu benda atau sesama manusia terutama yang berlainan jantina..manusia memang tak dapat mengelak untuk menyukai seseorang..cuma yang membezakan mereka ialah berani meluahkan atau yang suka memendam perasaan itu sendiri..tarikan ataupun aura yang ada pada seseorang individu itu yang menyebabkan ia menjadi tumpuan kepada individu lain..kadang-kadang kita sendiri ingin menjadi tarikan atau tumpuan kepada orang lain..ada yang menyukainya dan ada yang  tidak menyukai menjadi tarikan atau tumpuan kepada orang lain kerana bagi mereka itu hanya merimaskan tetapi ada yang menyukainya..itu semua bergantung kepada individu itu sendiri bak kata orang,rambut sama hitam tapi hati lain-lain..ada yang suka mencari populariti dan ada yang tidak suka mencari populariti.. biasanya seseorang yang digilai oleh para lelaki atau perempuan itu mestilah mempunyai rupa paras yang menarik..rupa paras mestilah cantik atau handsome..ramai antara kita mesti menyukai seseorang itu berdasarkan rupa paras sahaja..kadang-kadang orang yang mempunyai rupa paras yang cantik atau kacak ini susah untuk dijangka sifat mereka,ada yang baik dan ada yang suka mengambil kesempatan..semua itu bergantung pada diri sendiri atau pilihan hati seseorang individu itu..

No comments:

Post a Comment