Sunday, 28 August 2011
menjelang musim perayaan pasti tidak lekang dengan dentuman bunyi mercun atau bunga api di kediaman kita..kenapa orang tidak pernah serik dengan berita mengenai kehilangan anggota badan akibat bermain mercun?..hairan.. kanak-kanak,orang muda mahupun orang tua tidak ketinggalan untuk bermain mercun walaupun mereka tahu yang mercun itu sangat berbahaya.. tak hairanlah semakin hari semakin ramai orang yang kehilangan anggota badan mereka dan orang yang kehilangan nyawa akibat mercun ini.. bermain mercun mahupun bunga api memanglah seronok mungkin kerana setahun sekali dapat bermain bersama-sama adik beradik mahupun sepupu tapi janganlah sampai membazir dan keterlaluan sehingga mengganggu orang sekeliling.. semakin tiba hari raya,semakin banyak detuman mercun yang kita dengar.. kadang-kadang rasa geram dan nak marah tapi apakan daya.. nanti kata kena lecture pulak.. terpaksalah pekakkan telinga.. mungkin mereka semua akan serik sekiranya merasainya sendiri betapa terseksanya kehilangan anggota badan.. mulalah nanti menyesal yang tak sudah-sudah.. memanglah itu fitrah manusia.. manusia memang alpa dengan apa yang dikurniakan Allah kepada manusia.. bila kehilangan kurniaan tersebut barulah sedar tetapi dah terlambat..Too late..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment