Wednesday, 31 October 2012

WANITA DAN TUDUNG.. WANITA DAN TUDUNG  SANGAT SINONIM PADA HARI INI.. PELBAGAI JENIS FESYEN TUDUNG YANG TERDAPAT DI PASARAN PADA HATI INI.. KADANG-KADANG SAYA TERTANYA-TANYA APAKAH SEBERNARNYA TUJUAN KAUM WANITA BERTUDUNG?..APAKAH UNTUK MENUTUP AURAT?..ATAU..APAKAH SEKADAR SEBAGAI FESYEN HARI INI?.. SAYA TERTANYA-TANYA  SENDIRI DENGAN TUDUNG YANG DIPAKAI OLEH KAUM WANITA HARI INI.. KADANG-KADANG SAYA MELIHAT MEREKA BERTUDUNG HANYA UNTUK MENUTUP RAMBUT SAHAJA..APAKAH ITU TUJUAN BERTUDUNG?..ATAU SEKADAR SEBAGAI FESYEN ATAU IKUTAN DENGAN RAKAN-RAKAN..SAYA MELIHAT MEREKA BERTUDUNG HANYA SEBAGAI FESYEN SAHAJA..BUKAN SAYA BERMAKSUD MENCEMARKAN ORANG YANG BERTUDUNG TETAPI PADA HAKIKATNYA ITULAH YANG TERJADI.. KADANG-KADANG BERTUDUNG IKUT MOOD.. ADA HARI NAK  BERTUDUNG.. BERTUDUNGLAH.. KALAU RASA TAK NAK BERTUDUNG.. BUANG SAHAJA.. KADANG- KADANG MEREKA BERTUDUNG TATAPI TIDAK MEMENUHI SYARAT YANG DITETAPKAN... ADA YANG BERTUDUNG SINGKAT..ADA YANG BERTUDUNG TINGGI SEPERTI BONGGOL UNTA..ADA YANG BERTUDUNG SEHINGGA MENAMPAKKAN TENGKUK MEREKA.. DAN PELBAGAI LAGI FESYAN-FESYEN YANG LAIN..OLEH ITU.. MARLAH SAMA-SAMA KITA BERFIKIR DAN RENUNGKANLAH APAKAH TUJUAN SEBENARNYA KITA BERTUDUNG HARI INI.....SEKIAN..

Thursday, 17 November 2011

TENSION VS BUKU...sebagai seorang student memang tak lari daripada peperiksaan..dua minggu berperang minda untuk menjawab soalan dan mengulangkaji pelajaran..akhirnya,berlalu juga minggu yang sangat memenatkan..menjadi seorang yang bernama pelajar memang tidak lari daripada daripada buku dan peperiksaan..satu kata-kata yang sangat menarik perhatian saya ialah..kawan dan teman yang terbaik adalah buku..saya akui ramai yang suka membaca..tapi..tak ramai orang yang suka membaca buku yang berbentuk ilmiah..mereka lebih berminat dengan novel ataupun buku yang berbentuk cerita yang banyak menarik peminat para pembaca..kadang-kadang saya tertanya kenapa orang boleh menghabiskan novel yang sangat daripada sebuah buku pelajaran macam buku sejarah susah untuk dihabiskan???.. sahabat saya ada kata berkata semua ini bergantung kepada minat dan sikap seseorang individu itu sendiri sebab minat dan sikap mendorong seseorang untuk menyelesaikan sesuatu perkara..saya sendiri terfikir akan kata-katanya dan boleh dikatakan yang sedikit sebanyak kata-katanya ada kebenarannya.. dalam menuntut ilmu memang adakalanya kita merasai tekanan dan banyak lagi perasaan..tapi selagi niat yang betul dan sabar dalam menuntut ilmu apapun yang terjadi tidak akan pernah mematahkan semangat untuk berjaya..IF THERE'S A WILL..THERE'S A WAY..

Sunday, 18 September 2011

NOVEL.. kadang-kadang sedap juga dapat luangkan masa yang senggang membaca novel... kadang-kadang sampai boleh hanyut juga dalam khayalan semasa membaca novel.. bagaikan dunia ini ana yang empunya.. novel-novel cintan memang menjadi tarikan utama terutama seperti remaja macam aku.. memang sedap dapat merasai suka,duka dan lucu dalam alam percintaan yang banyak konflik... kisah rumah tangga, kisah persahabatan, kisah percintaan yang tak diundang kedatangannya menjadi santapan ketika membaca novel...  kadang-kadang rasa macam mental pun ada juga.. dahlah ketawa sorang-sorang, menangis sorang-sorang.. bak kata orang kita layan habis perasaan.. entah kenapa feeling habis kalau baca novel... tapi kalau syok sendiri lama-lama memeng boleh daftar masuk Tanjung Rambutanlah.. he..he..he.. kalau cerita kat orang memang tak lama sudah bertapak kat tanjung rambutan.. tapi tak pelah kadang-kadang aje buat kerja mental macam nie.. best jugak.. orang panggil luah perasaanlah katakan.. nak buat macam mana hanya dengan cara ini sahaja aku buat terapi atau spa untuk diri sendiri... takkanlah nak belajar 24 jam..lama-lama boleh jadi stress beratlah...

Friday, 2 September 2011

hari yang dinanti-nantikan oleh umat Islam sudahpun menjelang tiba.. hari dimana umat Islam bergembira setelah sebulan penat berpuasa..setelah sebulan berlawan dengan hawa nafsu masing-masing..kini tiba hari kemenangan bagi umat Islam..bermulalah fitrah baru bagi umat Islam..hari raya merupakan hari dimana kita dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dan silaturrahim antara ibu bapa dan anak..adik-beradik.. jiran-tetangga..sanak saudara yang dekat mahupun yang jauh.. sahabat handai.. hari dimana kita semua berkumpul,bermaaf-maafan,bekerjasama..disamping menambahkan lagi rasa kasih dan sayang dalam keluarga..buang yang keruh..ambil yang jernih..dalam bersuka ria dan bergembira.. janganlah lupa pada Pencipta.. tanda rasa syukur kita kepada Illahi kerana masih berpeluang merasai   nikmat berhari raya.. ramai yang sudahpun meninggalkan dunia ini sebelum sempat menyambut lebaran yang mulia ini.. dalam kita bersuka ria pasti ada yang berduka..berhari raya dengan penuh rasa syukur kita dengan kurniaan Illahi kepada kita..dalam sibuk membuat 'open house' janganlah terlalu teruja sampai membazir..jangan sampai habis raya..botak kepala..Salam Aidilfitri.. tidak lupa buat tanah airku yang tercinta..Salam Kemerdekaan..

Sunday, 28 August 2011

menjelang musim perayaan pasti tidak lekang dengan dentuman bunyi mercun atau bunga api di kediaman kita..kenapa orang tidak pernah serik dengan berita mengenai kehilangan anggota badan akibat bermain mercun?..hairan.. kanak-kanak,orang muda mahupun orang tua tidak ketinggalan untuk bermain mercun walaupun mereka tahu yang mercun itu sangat berbahaya.. tak hairanlah semakin hari semakin ramai orang yang kehilangan anggota badan mereka dan orang yang kehilangan nyawa akibat mercun ini.. bermain mercun mahupun bunga api memanglah seronok mungkin kerana setahun sekali dapat bermain bersama-sama adik beradik mahupun sepupu tapi janganlah sampai membazir dan keterlaluan sehingga mengganggu orang sekeliling.. semakin tiba hari raya,semakin banyak detuman mercun yang kita dengar.. kadang-kadang rasa geram dan nak marah tapi apakan daya.. nanti kata kena lecture pulak.. terpaksalah pekakkan telinga.. mungkin mereka semua akan serik sekiranya merasainya sendiri betapa terseksanya kehilangan anggota badan.. mulalah nanti menyesal yang tak sudah-sudah.. memanglah itu fitrah manusia.. manusia memang alpa dengan apa yang dikurniakan Allah kepada manusia.. bila kehilangan kurniaan tersebut barulah sedar tetapi dah terlambat..Too late..

Thursday, 25 August 2011

bercakap pasal perasaan,manusia tidak pernah lari atau terlepas daripada perasaan ingin memiliki dan ingin disayangi..manusia mempunyai satu sikap yang tak dapat dibendung iaitu perasaan kasih dan sayang terhadap sesuatu benda atau sesama manusia terutama yang berlainan jantina..manusia memang tak dapat mengelak untuk menyukai seseorang..cuma yang membezakan mereka ialah berani meluahkan atau yang suka memendam perasaan itu sendiri..tarikan ataupun aura yang ada pada seseorang individu itu yang menyebabkan ia menjadi tumpuan kepada individu lain..kadang-kadang kita sendiri ingin menjadi tarikan atau tumpuan kepada orang lain..ada yang menyukainya dan ada yang  tidak menyukai menjadi tarikan atau tumpuan kepada orang lain kerana bagi mereka itu hanya merimaskan tetapi ada yang menyukainya..itu semua bergantung kepada individu itu sendiri bak kata orang,rambut sama hitam tapi hati lain-lain..ada yang suka mencari populariti dan ada yang tidak suka mencari populariti.. biasanya seseorang yang digilai oleh para lelaki atau perempuan itu mestilah mempunyai rupa paras yang menarik..rupa paras mestilah cantik atau handsome..ramai antara kita mesti menyukai seseorang itu berdasarkan rupa paras sahaja..kadang-kadang orang yang mempunyai rupa paras yang cantik atau kacak ini susah untuk dijangka sifat mereka,ada yang baik dan ada yang suka mengambil kesempatan..semua itu bergantung pada diri sendiri atau pilihan hati seseorang individu itu..