Friday, 2 September 2011

hari yang dinanti-nantikan oleh umat Islam sudahpun menjelang tiba.. hari dimana umat Islam bergembira setelah sebulan penat berpuasa..setelah sebulan berlawan dengan hawa nafsu masing-masing..kini tiba hari kemenangan bagi umat Islam..bermulalah fitrah baru bagi umat Islam..hari raya merupakan hari dimana kita dapat mengeratkan lagi tali persaudaraan dan silaturrahim antara ibu bapa dan anak..adik-beradik.. jiran-tetangga..sanak saudara yang dekat mahupun yang jauh.. sahabat handai.. hari dimana kita semua berkumpul,bermaaf-maafan,bekerjasama..disamping menambahkan lagi rasa kasih dan sayang dalam keluarga..buang yang keruh..ambil yang jernih..dalam bersuka ria dan bergembira.. janganlah lupa pada Pencipta.. tanda rasa syukur kita kepada Illahi kerana masih berpeluang merasai   nikmat berhari raya.. ramai yang sudahpun meninggalkan dunia ini sebelum sempat menyambut lebaran yang mulia ini.. dalam kita bersuka ria pasti ada yang berduka..berhari raya dengan penuh rasa syukur kita dengan kurniaan Illahi kepada kita..dalam sibuk membuat 'open house' janganlah terlalu teruja sampai membazir..jangan sampai habis raya..botak kepala..Salam Aidilfitri.. tidak lupa buat tanah airku yang tercinta..Salam Kemerdekaan..

No comments:

Post a Comment